suria

Ma Dong Seok dan Ye Jung Hwa rancang kahwin tahun hadapan

Ma Dong Seok terpaksa tangguh perkahwinannya dengan Ye Jung Hwa disebabkan jadualnya padat.

PELAKON Ma Dong Seok dan kekasihnya Ye Jung Hwa memberitahu mereka sudah mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Menerusi laporan Allkpop, Ma Dong Seok berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini namun terpaksa menangguhkannya disebabkan jadual yang padat.

"Saya mahu berkahwin pada tahun ini tapi terpaksa tangguhkan sehingga tahun hadapan sebabkan jadual sudah padat.

"Pengarah Kim Yong Hwa ada meminta saya untuk berkahwin cepat jika saya mahu anak. Saya juga ada bertanya kepadanya mengenai anak," katanya.

Ma Dong Seok dan Ye Jung mengesahkan hubungan cinta mereka pada 2016.

Ma Dong Seok, Ye Jung Hwa

Artikel Lain