Isteri Choi Hyun Joon (V.O.S) guna kaedah IVF untuk hamil anak kedua - Bintang Global | mStar

Isteri Choi Hyun Joon (V.O.S) guna kaedah IVF untuk hamil anak kedua

Choi Hyun Joon dan isteri bakal timang anak kedua.

ANGGOTA kumpulan V.O.S iaitu Choi Hyun Joon isterinya, Shin So Yi mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Menerusi laporan Soompi, Shin So Yi mengakui dia menggunakan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) untuk hamil kali kedua.

"Saya menggunakan kaedah IVF untuk mengandung anak kedua ini dan sehingga kini saya masih lagi mengalami alahan (morning sickness).

Pasangan itu mengumumkan berita baik menerusi laman sosial masing-masing.

"Sesiapa yang pernah melaluinya akan memahami tapi tidak semestinya rawatan itu berjalan dengan lancar.

"Jadi, agak sukar untuk mengumumkan berita ini sehingga semuanya sudah stabil," tulis Shin So Yi menerusi Instagramnya. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak lelaki, Yoon Woo pada 2014.

Shin So Yi , Choi Hyun Joon