Majlis ulama persoal kenyataan Opick dakwa simpan sehelai rambut Nabi Muhammad - Bintang Global | mStar

Majlis ulama persoal kenyataan Opick dakwa simpan sehelai rambut Nabi Muhammad

Opick dakwa dihadiahkan sehelai rambut Rasulullah. foto KAPANLAGI.COM.

KETUA Majlis Ulama Indonesia, Bidang Seni Budaya Islam, DKh.M Sodikun M.S.I, mempersoalkan kesahihan sehelai rambut yang didakwa kepunyaan Nabi Muhammad SAW yang kini berada di bawah jagaan penyanyi Opick.

Sodikun berkata, sehingga kini belum ada ulama-ulama besar di seluruh dunia yang mengesahkan bahawa itu adalah benar-benar rambut Rasulullah.

Katanya, jika ia benar, negara Arab Saudi mungkin lebih berhak menjaganya.

"Tapi kalau seandainya rambut Nabi, kata siapa? Berapa saksi? Riwayat itu hadis-hadis siapa? Kalau kata dia Abdullah, Abdullah yang mana? Kerana kita melihat hadis itu satu, Abdullah itu sampai enam puluh, hadis yang dikatakan Abdullah kaitannya dengan rambut itu Abdullah yang mana?

Rambut Rasulullah yang dihadiahkan kepada Opick. FOTO KAPANLAGI.COM

"Tidak boleh dibuktikan. Ulama-ulama saja tidak ada mengatakan itu rambut Nabi, mengapa kita mengatakan begitu," tambahnya seperti dipetik Insertlive.com.

Beliau berkata, Opick tidak seharusnya mengaitkan rambut itu dengan Rasulullah.

Dia juga berharap perkara itu dapat diberikan penjelasan yang sebenarnya dan maklumat yang betul kepada masyarakat.

"Positif saja, rambut itu mudah-mudahan saja rambutnya orang Islam. Jangan kita meyakini sesuatu yang tidak berdasarkan Al-Quran dan Hadis," ujar Sodikun.

Sebelum ini, Wakil Ketua Umum MUI, Yunahar Ilyas lebih dahulu menyatakan keraguannya dan mempersoalkan kenyataan Opick.

Pada minggu lalu, Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus mendakwa telah mendapat kepercayaan Dewan Ulama Thariqah International dan Pemerintah Turki untuk menyimpan sehelai rambut Nabi Muhammad SAW.

Opick menganggap ia bagai mimpi yang menjadi kenyataan dan hadiah yang tidak terduga.

Opick , MUI

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain