suria

Channing Tatum kongsi foto bogel kerana kalah permainan 'Jenga'

Channing terpaksa muat naik foto dia tanpa seurat benang di laman sosial.

PELAKON Channing Tatum mengejutkan peminatnya apabila dia memuat naik foto dia tanpa seurat benang di Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Channing memberitahu dia terpaksa memuat naik gambar tersebut selepas kalah dalam permainan Jenga dengan rakannya Jessica Cornish.

Menurut Channing, siapa yang kalah dalam permainan itu perlu memuat naik foto di laman sosial yang dipilih pemenang.

Foto yang dimuat naik Channing mendapat perhatian netizen.

"Saya kalah dalam permainan Jenga dengan Jessica Cornish. Yang kalah (saya) kena muat naik gambar yang orang lain pilih (Jessica Cornish).

"Saya tidak akan bermain Jenga dengan dia lagi," kata Channing.

Foto tersebut telah mendapat lebih 2.3 juta tanda suka (like) dan lebih 102,000 komen daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat foto tersebut.

Channing Tatum

Artikel Lain