suria

Impian jadi kenyataan! Blackpink dilihat bersama DJ Khaled di Coachella

Peminat mengharapkan ada kolaborasi diantara Blackpink dan DJ Khaled. Foto: Koreaboo

KUMPULAN Blackpink seperti memberi bayangan bakal muncul dengan sesuatu yang baharu buat peminat apabila dilihat bersama penyanyi terkenal Amerika Syarikat, DJ Khaled dalam satu pertemuan di Coachella, baru-baru ini.

Menurut laporan Koreaboo, Khaled turut bergambar kenangan bersama kumpulan selebriti itu.

Momen yang dirakam oleh salah seorang kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka Blinks dikongsi di media sosial sehingga ia menjadi tular.

Lebih menguatkan dakwaan itu apabila Khaled melalui wawancara bersama sebuah akhbar tempatan sebelum ini pernah menyatakan keinginan untuk berkolaborasi bersama beberapa kumpulan K-pop lain seperti BTS dan NCT termasuk Blackpink.

Selain itu, Khaled juga dilaporkan menjadi salah seorang ahli Blinks.

Dalam perkembangan lain, Blackpink dijangka membuat persembahan buat kali kedua di Coachella 20 April ini.

SUMBER: Koreaboo

Blackpink, DJ Khaled

Artikel Lain