Ramadan tanpa bapa, anak-anak Ahmad Dhani sambut di Surabaya - Bintang Global | mStar

Ramadan tanpa bapa, anak-anak Ahmad Dhani sambut di Surabaya

Anak-anak Ahmad Dhani bakal menyambut Ramadan tanpa bapa mereka. Foto: jawapos.com

KETIGA-TIGA anak penyanyi Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali, El Rumi dan Dul Jaelani berkemungkinan akan menyambut Ramadan di Surabaya, Indonesia.

Ia berikutan bapanya Ahmad Dhani masih menjalani hukuman penjara dan tidak dapat meraikan bulan mulia itu bersama keluarga.

Menurut laporan Liputan6, Dul Jaelani berkata dia sekeluarga akan ke sana pada awal Mei ini di atas permintaan datuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan ayah tak dapat hadir” - Ahmad Dhani sedih tak dapat sambut ulang tahun anak kerana dipenjara

"Memang ada perancangan untuk sambut Ramadan dan Syawal bersama keluarga di Surabaya. Itu adalah permintaan datuk saya (sebelah ibu) dan semuanya.

Al Ghazali dan Dul Jaelani bersama ibu mereka, Maia Estianty.

"Insya-Allah ada kesempatan kami gunakan peluang itu untuk melawat ayah. Kalau diizinkan!," katanya.

Pada Januari lalu, Ahmad Dhani dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial.

Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmoho, dalam keputusannya berkata, pengasas kumpulan Dewa 19 itu terbukti menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan.

Ahmad Dhani

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain