Nia Ramadhani kurang berlakon, tolak watak bercium - Bintang Global | mStar

Nia Ramadhani kurang berlakon, tolak watak bercium

Nia akan minta kebenaran suami terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

SEMENJAK berkahwin dengan Ardi Bakrie, pelakon Nia Ramadhani mengurangkan aktiviti dalam dunia hiburan.

Menurut laporan Liputan6, Nia menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Eiffel I'm In Love 2 kerana tiada babak aksi mesra dengan pelakon lelaki.

Kata Nia, dia akan dihalau dari rumah oleh suaminya sekiranya melakukan babak bercium dengan pelakon lain.

"Sebelum saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem itu pun sebab tak ada adegan bercium. Sebab itu suami okey saja.

"Kalau saya melakukan adegan begitu (bercium), saya pasti kena kunci di depan rumah dan kena halau dari rumah," katanya.

Nia Ramadhani