Ashanty mahu pindah rumah gara-gara penampakan dan gangguan makhluk halus - Bintang Global | mStar

Ashanty mahu pindah rumah gara-gara penampakan dan gangguan makhluk halus

Ashanty mahu pindah gara-gara gangguan makhluk halus.

PENYANYI yang juga isteri kepada komposer Anang Hermansyah mendedahkan mengalami gangguan makhluk halus di kediamannya.

Seperti dipetik Grid.id, Ashanty memberitahu dia berasa tidak tenteram dan terfikir untuk berpindah ke kediaman lain.

"Iya, saya mahu pindah dari rumah ini, berantem sama penampakan (ketakutan)," ujarnya.

Dalam pada itu, wanita berusia 34 tahun itu mengakui dia tidak pernah melihat makhluk halus tersebut secara jelas.

"Saya tidak pernah lihat, cuma papa sahaja yang pernah lihat," ujarnya.

Sementara itu, Ashanty berkata, anak tirinya Aurel Hermansyah seorang yang tidak takut dengan perkara mistik.

Malah, katanya, Aurel boleh merasai kehadiran makhluk halus.

Ashanty , Anang Hermansyah

Artikel Lain