Anak terkejut bapa kandung derma sperma kepada Michael Jackson - Bintang Global | mStar

Anak terkejut bapa kandung derma sperma kepada Michael Jackson

Lucy terkejut sebaik mendapat tahu ayah kandungnya pernah menderma sperma kepada Michael Jackson. FOTO: mirror.co.uk

ANAK angkat Michael Jackson iaitu Lucy terkejut sebaik mengetahui bapa kandungnya sebenarnya ada mendermakan sperma kepada bintang pop itu.

Menurut laporan mirror.co.uk, Michael sebelum ini telah menerima lebih 20 penderma untuk melakukan ujian IVF bagi membantu dia menjadi seorang bapa.

Michael dipercayai menggunakan sampel sperma daripada rakan karibnya, Mark Lester yang juga merupakan anak kepada bintang filem Oliver, yang juga merupakan salah seorang penderma terbabit.

Anak perempuan Lester, Lucy, 27, berkata dia kini mencari ayah kandungnya yang berkemungkinan ayah kandung kepada rakan sejak kecil, Paris Jackson.

Meskipun pernah akrab suatu masa dahulu, Lucy memberitahu dia dan keluarganya terpisah daripada Paris dan adik-beradik lain selepas kematian Michael pada 2009.

Michael Jackson , Lucy , Paris Jackson

Artikel Lain