Cardi B saman dua penulis blog tuduhnya guna dadah dan sebar penyakit kelamin - Bintang Global | mStar

Cardi B saman dua penulis blog tuduhnya guna dadah dan sebar penyakit kelamin

Cardi B memfailkan saman terhadap dua penulis blog yang menuduhnya seorang pelacur dan menggunakan dadah.

PENYANYI rap sensasi Cardi B memfailkan saman terhadap dua penulis blog yang mendakwa dia seorang pelacur dan mempunyai penyakit kelamin iaitu herpes.

E Online melaporkan Cardi menyaman pemilik blog WineWithTashaK iaitu Latasha K selepas wanita itu memuat naik 23 video sepanjang 14 bulan lalu yang menyelarnya dengan pelbagai tuduhan.

Menerusi penyata tuntutan difailkan Cardi, Latasha turut didakwa memuat naik sebuah video pada April lalu mendakwa anak perempuannya, Kulture dilahirkan cacat berikutan penyanyi rap itu mengambil dadah ketika mengandung.

Dalam pada itu, Cardi turut memfailkan saman terhadap seorang lagi penulis blog, Ebony Jones yang mendakwa dia ketagih dadah jenis kokain dan terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Cardi turut menyangkal dia seorang pelacur yang menggunakan dadah selain mempunyai penyakit kelamin.

Sebelum ini, Cardi sudah memberi amaran dan peluang kepada kedua-dua blogger itu untuk memohon maaf dan menarik balik semua video yang dimuat naik namun mereka masih berdegil.

Cardi B

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain