suria

Isteri dah hamil, Baim Wong idam tiga orang anak

Baim impikan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

PELAKON Baim Wong akhirnya mengesahkan isterinya, Paula Verhoeven kini hamil namun enggan berkongsi usia kandungan itu.

Menurut laporan Kapanlagi.com, Baim berkongsi berita gembira itu ketika ditemu bual menerusi Youtube Ria Ricis pada baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyamar jadi orang gila, Baim Wong hadiahkan seikat wang tunai kepada penjual pisang

Pelakon terkenal Indonesia ini turut memberitahu dia mengimpikan untuk dikurniakan seramai tiga orang anak jika diberi rezeki.

"Ya, sedang hamil. Kalau saya, nak ada tiga orang anak," kata Baim.

Baim dan model serta aktres itu berkahwin pada 22 November tahun lalu di The Tribata, Jakarta, Indonesia secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Baim Wong, Paula Verhoeven

Artikel Lain