suria

Blackpink bintang Kpop paling tinggi langganan Youtube

KUMPULAN Kpop popular Blackpink mencipta rekod sekali lagi iaitu menjadi artis paling banyak langganan (subcriber) di Youtube.

Saluran Youtube rasmi kumpulan itu telah mencecah 20 juta langganan pada Jumaat.

Kumpulan yang dianggotai empat ahli ini memiliki saluran Youtube sendiri berbanding kumpulan popular lain seperti BTS dan NCT 127 yang menggunakan saluran Youtube milik agensi mereka.

Kumpulan itu memuat naik muzik video dan kegiatan harian mereka secara eksklusif di saluran mereka.

Bulan lalu, Blackpink pertama kali muncul di program televisyen Amerika Syarikat The Late Show With Stephen Colbert dengan membawakan lagu Ddu Du Ddu Du.

Kumpulan itu dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa dilaporkan bakal keluar dengan single baharu dalam masa terdekat.

Mereka juga akan menjadi bintang Kpop pertama yang membuat konsert di Coachella pada April depan.

Video muzik Ddu Du Ddu Du berjaya memecahkan rekod klip video paling tinggi tontonan Youtube.

SUMBER: Soompi


Blackpink

Artikel Lain