“Saya berehat sekejap ya” - Rossa dimasukkan ke hospital di Singapura - Bintang Global | mStar

“Saya berehat sekejap ya” - Rossa dimasukkan ke hospital di Singapura

Rossa memuat naik gambar dia terlantar sakit di laman sosialnya.

PENYANYI Indonesia iaitu Rossa dimasukkan ke hospital Gleneagle di Singapura selepas mengalami masalah kesihatan.

Menurut laporan Kapanlagi, Rossa memuat naik foto dia sedang terlantar sakit di hospital menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen tersebut, Rossa mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dan memohon maaf tidak dapat membalas setiap komen.

"Terima kasih untuk semua doa. Maaf tak dapat nak balas satu-persatu. Saya berehat sekejap ya. Insya-Allah akan cepat kembali aktif," tulisnya.

Rossa

Artikel Lain