Tamat penggambaran drama, Lee Jong Suk sedia jalani latihan ketenteraan - Bintang Global | mStar

Tamat penggambaran drama, Lee Jong Suk sedia jalani latihan ketenteraan

PELAKON Korea Lee Jong Suk mendedahkan dia sudah bersedia untuk menjalani latihan ketenteraan selepas beberapa kali menunda program wajib itu.

Menerusi satu kenyataan, Lee Jong Suk akan mula memasuki latihan itu selepas selesai penggambaran drama terbaharunya Romance Is a Bonus Book.

Seperti dipetik Soompi, beliau dijangka mendaftarkan diri pada 8 Mac depan.

"Lee Jong Suk, menderita ACL (anterior cruciate ligament) yang pecah akibat kemalangan pada usianya 16 tahun. Dia tidak layak melakukan latihan secara agresif sebaliknya ditugaskan di bahagian pengurusan tenaga kerja tentera," ujar agensinya YNK Entertainment.

Pelakon ini dijangka tamat latihan ketenteraan itu pada tahun 2021.

Lee Jong Suk

Artikel Lain