Tamat cuti bersalin, Cardi B muncul single 'Please Me' bersama Bruno Mars - Bintang Global | mStar

Tamat cuti bersalin, Cardi B muncul single 'Please Me' bersama Bruno Mars

PENYANYI rap wanita Cardi B akhirnya mengumumkan kembali ke industri seni dengan single bersama Bruno Mars berjudul Please Me.

Cardi berkongsi berita gembira itu dilaman sosial Instagram dengan berkata dia kembali daripada cuti bersalin.

"Ok, saya sudah kembali daripada masa bersalin dan melancarkan lagu bersama Bruno Mars pada Jumaat," tulisnya.

Cardi B pada Ahad lalu menerima anugerah Album Rap Terbaik menerusi album Invasion of Privacy di Grammy Awards 2019.

Dia menjadi artis wanita solo pertama yang memenangi kategori berkenaan.

Sebelum ini Card B dan Bruno Mars pernah berkolaborasi menerusi lagu Finesse.

SUMBER: Rolling Stone

Cardi B

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut