suria

Cara Suga dan Kang Daniel pegang telefon buat peminat tak senang duduk

KALAU dah minat tu apa sahaja yang dilakukan oleh bintang kesayangan mereka mesti akan menjadi perhatian peminat.

Terbaharu anggota kumpulan BTS iaitu Suga dan Kang Daniel menjadi bualan bukan kerana wajah kacak tetapi cara mereka memegang telefon yang dianggap unik.

Peminat kagum dengan kebolehan Suga memegang telefon pintarnya hanya menggunakan ibu jari dan jari tengah.

"Panjangnya jari-jemari Suga... Dia mungkin tidak pernah merasai kesakitan apabila telefon terjatuh kerana jarinya panjang dan dapat memegang telefon dengan kemas," tulis netizen seperti dilaporkan Koreaboo.

Dalam pada itu, bukan sahaja cara Suga yang menjadi perhatian tetapi Kang Daniel yang dianggap seorang yang comel ketika memegang telefonnya.

Suga, Kang Daniel

Artikel Lain