PENYANYI Britney Spears dilaporkan bakal kembali ke layar perak menerusi sebuah filem seram komedi tidak lama lagi. Billboard bagaimanapun melaporkan Britney, 37, tidak akan muncul sebagai bintang utama filem berjudul Corporate Animals itu sebaliknya sekadar bintang undangan. Perkara itu didedahkan oleh pengarahnya, Patrick Brice di Festival Filem Sundance 2019 dan berita itu membuatkan peminat teruja termasuk pelakon utamanya, Jessica Williams. Penyanyi lagu Toxic itu kali terakhir berlakon menerusi filem Crossroads pada 2002 bersama Zoe Saldana.