suria

Netizen bimbang melihat penampilan baharu HyunA

HyunA kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.

PENAMPILAN baharu HyunA yang lebih kurus mendapat perhatian netizen.

Menurut laporan Allkpop, beberapa foto terbaharu HyunA ketika menghadiri acara D Project Space Guseulmoa Billiard Hall mengundang rasa bimbang peminatnya.

Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang melihat keadaan kesihatan HyunA dan kekasihnya E'Dawn semakin kurus.

Ramai netizen tertanya-tanya adakah wajah HyunA berubah disebabkan pemakaian subang di lidah atau hanya mengenakan solekan yang berbeza.

HyunA, E'Dawn

Artikel Lain