suria

Liam Payne, Naomi Campbell main cinta di Instagram

Naomi Campbell dan Liam Payne bermain cinta di Instagram.

PENYANYI Liam Payne dan supermodel terkenal Naomi Campbell menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dilihat bermain cinta di Instagram.

People melaporkan Naomi, 49, yang mula mengusik Liam dengan meninggalkan komen menerusi gambar penyanyi itu yang tidak berbaju di Instagram.

Baru-baru ini pula, Liam, 26, pula meninggalkan komen berbaur romantik pada gambar Naomi dan meminta model itu tidak memberi pandangan menggoda.

Tindakan kedua-dua selebriti itu mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya apakah sebenar hubungan mereka.

"Tidak pernah terfikir Naomi dan Liam akan menjadi pasangan atau terlibat dalam hubungan romantik," tulis netizen di Twitter.

Tahun lalu, Liam berpisah dengan teman wanitanya, penyanyi Cheryl Cole selepas dua tahun bercinta dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Bear.

Manakala Naomi sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pemain bas kumpulan U2, Adam Clayton dan ahli perniagaan Itali, Flavio Briatore.

Naomi Campbell, Liam Payne

Artikel Lain