Filem terbaik Golden Globe 2019 milik 'Bohemian Rhapsody' - Bintang Global | mStar

Filem terbaik Golden Globe 2019 milik 'Bohemian Rhapsody'

(Dari Kiri) Joseph Mazzello, Ben Hardy, Rami Malek, Lucy Boynton dan Gwilym Lee meraikan kemenangan filem Bohemian Rhapsody di Golden Globe 2019.

ANUGERAH Golden Globe 2019 kali yang ke-76 yang berlangsung pada malam Ahad (waktu tempatan) menyaksikan filem biopic Bohemian Rhapsody muncul sebagai Filem Terbaik.

Kemenangan itu sekaligus menumpaskan saingan yang disebut-sebut akan merangkul trofi berkenaan A Star Is Born yang menampilkan Lady Gaga dan Bradley Cooper.

Bagaimanapun A Star Is Born masih membawa pulang trofi Lagu Terbaik menerusi Shallow hasil ciptaan Lady Gaga sendiri bersama beberapa penulis lain.

Lady Gaga menang Lagu Terbaik Filem, Shallow.

Bohemian Rhapsody mengangkat mengenai kisah kumpulan rock terkenal Queen turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Remi Malek yang memegang watak sebagai Freddie Mercury.

Golden Globe 2019 juga menyaksikan beberapa kejutan apabila filem Green Book memenangi beberapa kategori utama termasuk Filem Terbaik (Muzikal atau Komedi).

Malah ramai tidak menjangkakan drama bersiri komedi The Kominsky Method yang disiarkan di Netflix membawa pulang trofi selain kemenangan dua pelakon Richard Madden (Bodyguard) dan Patricia Arquette (Escape at Dannemora) berjaya menumpaskan nama besar lain dalam kategori Pelakon Terbaik Drama.

Andy Samberg dan Sandra Oh hos Golden Globe 2019.

Sementara itu, trofi Pengarah Terbaik milik Alfonso Cuaron dari Mexico yang turut membawa pulang anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, ROMA.

Golden Globe 2019 diadakan di Beverly Hilton, Los Angeles dan ia dihoskan oleh Andy Samberg dan Sandra Oh yang turut membawa pulang trofi Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Televisyen (Drama) menerusi Killing Eve.

Berikut adalah senarai pemenang trofi utama Golden Globe 2019;

1. Kategori Filem

Filem Terbaik (Drama)

Bohemian Rhapsody

Filem Terbaik (Mizukal atau Komedi)

Green Book

Filem Terbaik (Animasi)

Spider-Man: Into the Spiderverse

Persembahan Terbaik Aktres Dalam Filem (Drama)

Gleen Close (The Wife)

Persembahan Aktor Terbaik Dalam Filem (Drama)

Rami Malek (Bohemian Rhapsody)

Persembahan Aktres Terbaik Dalam Filem (Muzikal atau Komedi)

Olivia Colman (The Favourite)

Persembahan Terbaik Aktor Dalam Filem (Muzikal atau Komedi)

Christian Bale (Vice)

Persembahan Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Dalam Filem

Regina King (If Beale Street Could Talk)

Persembahan Terbaik Pelakon Pembntu Lelaki Dalam Filem

Mahershala Ali (Green Book)

Pengarah Terbaik Filem

Alfonso Cuaron (ROMA)

Lagu Terbaik Filem

Shallow (A Star Is Born)

2. Kategori Televisyen

Drama Bersiri Terbaik

The Americans

Drama Bersiri Terbaik (Muzikal atau Komedi)

The Kominsky Method

Filem Televisyen Terbaik

The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Televisyen (Drama)

Sandra Oh (Killing Eve)

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Terbaik Siri Televisyen (Drama)

Richard Madden (Bodyguard)

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Siri Televisyen (Muzikal atau Komedi)

Rachel Brosnahan (The Marvelous Mrs. Maisel)

Persembanah Terbaik Pelakon Lelaki Siri Televisyen (Musical atau Komedi)

Michael Douglas (The Kominsky Method)

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Dalam Filem Televisyen

Patricia Arquette (Escape at Dannemora)

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki Dalam Filem Televisyen

Darren Criss ( The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story)

Artikel Lain