suria

Lee Kwang Soo kenalkan Lee Sun Bin sebagai teman wanitanya

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu.

PELAKON Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin mengesahkan mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu.

Menurut laporan Soompi, pasangan itu bertemu kali pertama ketika menjalani penggambaran program variasi Running Man pada September 2016.

Bagaimanapun, ketika itu mereka hanya berkawan sahaja dan mula mengambil langkah seterusnya menjadi pasangan kekasih pada lima bulan yang lalu.

Malah, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin terbuka berkongsi mengenai hubungan mereka kepada media dan umum.

Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin

Artikel Lain