suria

Demi Lovato kecil hati tak diundang majlis Nick Jonas dan Priyanka Chopra

PENYANYI Demi Lovato meluahkan rasa kecewa apabila tidak diundang ke majlis perkahwinan Nick Jonas dan Priyanka Chopra.

Pasangan yang baharu sahaja melangsungkan resepsi di India yang dihadiri bintang-bintang Bollywood itu membuatkan Demi Lovato berkecil hati.

Perkara itu disampaikan sumber yang ditemubual oleh Us Weekly.

"Demi sangat kecewa, perkara itu membuatkan dia benar-benar kecil hati dengan pasangan itu," ujar sumber.

Nick Jones dan Priyanka berkahwin pada 1 Disember lalu.

Bagaimanapun, sumber berkata, penyanyi lagu Sorry Not Sorry itu tetap mendoakan yang terbaik terhadap perkahwinan pasangan itu.

Demi mempunyai hubungan rapat dengan Nick berikutan kedua-dua bintang Disney itu pernah terlibat dalam filem Camp Rock dan sekuelnya Camp Rock 2.

Malah, pada tahun 2016 mereka terlibat menjayakan projek duet berjudul Close. Mereka juga terlibat dalam konsert jelajah Future Now.

Namun hubungan baik tersebut rengang sejak setahun lalu.

Artikel Lain