suria

Miley Cyrus kongsi foto perkahwinan dengan Liam Hemsworth

Miley berkongsi foto perkahwinannya dengan Liam menerusi laman Instagram.

PENYANYI Miley Cyrus dan kekasihnya, Liam Hemsworth telah melangsungkan pernikahan pada 23 Disember lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, Miley telah memuat naik foto perkahwinannya menerusi laman Instagram pada Rabu lalu.

Menerusi foto tersebut, Miley kelihatan anggun dengan gaun berwarna putih dan Liam sedang memeluknya erat untuk momen pertama kali bergelar suami-isteri.

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan sudah berkahwin secara rahsia apabila foto mereka dilihat memakai cincin perkahwinan ketika keluar bersiar-siar di Georgia pada tahun lalu.

Bagaimanapun Liam, 27, sudah pun dilihat memakai cincin perkahwinan menafikan dia sudah berkahwin dengan Miley.

Sebaliknya, Liam menyifatkan cincin yang dipakai di jari manisnya adalah sebagai 'cincin janji' dan sumber terdekat pasangan itu juga mengesahkan mereka belum berkahwin.

Miley Cyrus, Liam Hemsworth

Artikel Lain