Kareena Kapoor tolak tawaran berlakon demi anak - Bintang Global | mStar

Kareena Kapoor tolak tawaran berlakon demi anak

Kareena tidak mahu terlepas peluang untuk melihat anaknya membesar.

PELAKON Kareena Kapoor sanggup menolak tawaran untuk berlakon dengan bintang terkenal demi anak lelakinya, Taimur Ali Khan.

Menurut laporan timesnownews.com, Kareena terpaksa menolak tawaran tersebut memandangkan penggambaran filem itu mengambil tempoh masa yang lama.

"Baru-baru ini saya ada terima tawaran untuk berlakon dalam filem yang besar bersama pelakon yang hebat. Saya tak boleh beritahu nama pelakon itu.

"Tapi dia seorang bintang yang terkenal dan hebat. Saya dapat peluang untuk bekerjasama dengan dia di tujuh lokasi yang berbeza.

"Pilihan saya ketika itu perlu meninggalkan Taimur selama 80 hingga 90 hari menyebabkan saya buat keputusan untuk menolak tawaran tersebut," katanya.

Menurut Kareena, keputusan itu dibuat disebabkan dia tidak mahu ketinggalan melihat anak sulungnya yang kini sedang membesar dan memerlukannya disisi.

Kareena berkahwin dengan pelakon Saif Ali pada 2012 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada Disember 2016.

Kareena Kapoor

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan