Jason Momoa mengaku menangis semasa penggambaran 'Aquaman' - Bintang Global | mStar

Jason Momoa mengaku menangis semasa penggambaran 'Aquaman'

Jason mengaku jarang dapat watak emosi kerana bertubuh gagah. Foto: Daily Mail

PELAKON utama filem Aquaman, Jason Momoa mengakui tidak mampu menahan air mata semasa penggambaran filem tersebut.

Jason berkata hatinya tersentuh ketika melakonkan beberapa babak kerana terkenang pengalaman hidup lalu.

"Saya agak emosional, semasa penggambaran Aquaman saya sering menangis.

"Ini kerana saya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dan sebab itu hati saya mudah terusik.

"Tapi saya jarang diberi peluang melakonkan watak emosi kerana memiliki tubuh yang gagah. Hakikatnya saya boleh!," katanya.

Filem Aquaman arahan James Wan ditayangkan diseluruh pawagam Malaysia bermula hari ini, Khamis.

SUMBER: Daily Mail

Jason Momoa , Aquaman

Artikel Lain