BTS artis Korea pertama tersenarai 50 individu berpengaruh majalah Bloomberg - Bintang Global | mStar

BTS artis Korea pertama tersenarai 50 individu berpengaruh majalah Bloomberg

BTS artis Korea pertama tersenarai 50 individu berpengaruh majalah Bloomberg.

KUMPULAN terkenal BTS menjadi artis dari Korea Selatan yang pertama tersenarai dalam Bloomberg 50 yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan Bloomberg Businessweek di Amerika Syarikat.

Koreaboo melaporkan setiap tahun majalah itu menyenaraikan 50 individu berpengaruh dalam bidang perniagaan, hiburan, kewangan, politik termasuk teknologi dan sains yang mencipta sejarah atau mendapat pencapaian cemerlang sepanjang tahun.

BTS bukan sahaja satu-satunya artis dari Korea yang tersenarai malah mereka hanya satu daripada dua wakil selebriti bersama Taylor Swift.

Bloomberg dalam kenyataannya memberitahu, BTS tersenarai selepas melihat kecemerlangan karier muzik mereka terutamanya menerusi penjualan album dan lagu di carta Billboard.

Majalah itu juga menyifatkan kecemerlangan karier mereka sebagai luar biasa terutamanya di Amerika.

Pada Jun lalu, BTS menjadi artis Korea pertama yang menduduki tempat teratas carta album Billboard 200 menerusi Love Yourself: Tear.

Tidak sampai tiga bulan kemudian, BTS sekali mengungguli carta sama menerusi Love Yourself: Answer.

BTS. Bloomberg

Artikel Berikut

Artikel Lain