suria

Imej rambut kerinting Song Joong Ki dapat perhatian peminat

Perubahan stail rambut pelakon Song Joong Ki mendapat perhatian peminat.

SEMENJAK melangsungkan perkahwinan dengan aktres Song Hye Kyo, pelakon Song Joong Ki jarang membuat kemunculan di khalayak ramai.

Bagaimanapun menurut Koreaboo, kemunculan Joong Ki menerusi Instagram majalah Vogue Korea baru-baru ini mendapat perhatian peminat.

Peminat terkejut dengan perubahan stail rambut pelakon drama Descendants of the Sun itu yang lebih panjang dan dikerintingkan.

Ada dalam kalangan peminat gemarkan perubahan rambut Joong Ki yang disifatkan lebih segar namun ada juga merasakan gaya itu kelihatan feminim dan tidak sesuai dengannya.

Joong Ki turut dilihat membuat kemunculan fesyen musim luruh 2019 oleh Valentino di Tokyo, Jepun yang dihadiri oleh pelakon Thailand, Nittha Jirayungyurn dan anggota kumpulan EXO, Lay.

Song Joong Ki

Artikel Lain