suria

Adik saudara tuduh Afgan sombong, enggan bantu kerjaya nyanyian

Penyanyi baharu Yory Fortuna yang juga sepupu kepada Afgan mendakwa bintang terkenal itu bersikap sombong dan lupa daratan.

PENYANYI baharu Indonesia, Yory Fortuna kesal apabila kerjaya nyanyiannya itu tidak mendapat sokongan abang saudaranya sendiri iaitu Afgansyah Reza.

Yory yang baharu melancarkan single berjudul Mencinta ini berkata, dia menceburi bidang seni suara tanpa bantuan mana-mana pihak termasuk penyanyi terkenal itu.

"Saya masuk bidang ini kerana orang tua saya percaya bahawa saya ada bakat menjadi penyanyi. Hobi menyanyi sejak daripada kecil lagi.

"Orang tahu saya adik sepupu Afgan dan mendakwa saya masuk dalam bidang ini dengan mudah kerana bantuan Afgan namun sejujurnya Afgan tidak membantu saya sama sekali," ujarnya seperti dipetik KapanLagi.com.

Bagaimanapun Yory berkata, dia tidak mahu membesarkan hal itu bagi mengelakkan menyinggung mana-mana pihak.

Yory tampil dengan single pertamanya yang berjudul Mencinta.

"Kalau saya cerita terlalu banyak takut ada pihak tersinggung dan netizen juga akan membuli saya," ujarnya.

Tambah dia, ibu-bapanya pernah meminta bantuan penyanyi itu namun permintaan tersebut tidak dilayan Afgan.

Yory turut mendakwa Afgan seorang saudara yang sombong dan lupa daratan.

Katanya, penyanyi itu juga turut menolak jemputan untuk menghadiri pelancaran lagu baharunya baru-baru ini.

"Dia menolak dengan jawapan yang sombong, seperti orang lupa daratan. Itu salah satu contoh dia tidak menyokong kerjaya saya... Itulah yang saya rasakan sebagai adik sepupunya," ujarnya.

Afgan, Yory

Artikel Lain