Lancar album baharu, peminat masih marah Yoo Seung Jun - Bintang Global | mStar

Lancar album baharu, peminat masih marah Yoo Seung Jun

Peminat masih menyimpan perasaan marah dan dendam terhadap Yoo Seung Jun. Foto KOREABOO

PENYANYI Yoo Seung Jun membuat kejutan apabila melancarkan album pertamanya dalam tempoh 11 tahun.

Koreaboo bagaimanapun melaporkan peminat tidak teruja dengan berita itu kerana masih berasa marah terhadap penyanyi itu berhubung isu dia enggan menyertai latihan ketenteraan dan seterusnya melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Lebih memburukkan keadaan, Seung Jun sanggup melepaskan kerakyatannya sebagai warganegara Korea Selatan untuk menjadi rakyat Amerika sekitar 2002 bagi mengelak menyertai latihan tentera.

Ekoran tindakannya itu, dia turut dilarang untuk kembali ke Korea Selatan dan beberapa tahun lalu dia memaklumkan menyesal dengan tindakannya itu selain merayu untuk pulang ke negara asalnya.

Seung Jun turut membuat permohonan untuk kembali ke negaranya namun ia ditolak.

"Kenapa dia masih cuba untuk kembali ke Korea? Kami sudah melupakannya jadi tidak perlu kembali.

"Anda masih mempunyai peminat? Maaf, kami tidak perlukan anda," tulis netizen.

Untuk rekod, Seung Jun antara artis paling berjaya dalam sejarah muzik di Korea Selatan pada era 1990-an dan dia pernah dinamakan sebagai artis paling laris jualan albumnya di negara itu.

Yoo Seung Jun , Kpop

Artikel Sebelum

Artikel Berikut