suria

Jennifer Garner, Ben Affleck makan ais krim rai perceraian

Ben Affleck dan Jennifer Garner menikmati ais krim selepas sah bercerai pada Khamis lalu.

PASANGAN terkenal Hollywood Jennifer Garner dan Ben Affleck akhirnya sah bercerai pada Khamis lalu tiga tahun selepas mengumumkan perpisahan mereka.

Namun apa yang menarik perhatian sejurus selepas itu, pasangan itu dilihat menuju ke sebuah kedai ais krim bagi meraikan perceraian mereka.

Ben mahu pun Jennifer dilihat dalam keadaan ceria menikmati ais krim disamping anak lelaki mereka, Samuel yang kini berusia enam tahun.

Bintang terkenal itu berkahwin pada 29 Jun 2005 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 12, Seraphina, 9, dan Samuel 6 tahun.

Ben dan Jennifer dalam satu kenyataan mengumumkan perpisahan mereka pada 2015 selepas 10 tahun berkahwin. - DailyMail

Jennifer Garner, Ben Affleck

Artikel Lain