suria

Seungri, Yoo Hye Won dilaporkan hangat bercinta sejak tahun lalu

Penyanyi Big Bang, Seungri dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan aktres Yoo Hye Won.

PENYANYI kumpulan Big Bang iaitu Seungri dilaporkan sedang hangat bercinta dengan aktres Yoo Hye Won.

Koreaboo melaporkan berita mengenai percintaan pasangan itu didedahkan oleh media di Taiwan yang mendakwa pasangan itu sebenarnya bercinta sejak setahun lalu.

Kelibat pasangan itu juga dilihat memasuki sebuah kereta ketika berada di pejabat pengurusan YG Entertainment.

Berita itu turut membuatkan peminat mencari bukti di laman sosial dan menjumpai beberapa foto mereka yang seolah-olah memberi bayangan tentang hubungan mereka.

Hye Won juga adalah rakan kepada Jisoo iaitu anggota kumpulan BLACKPINK.

Sementara itu, pihak pengurusan Hye Won, SBD Entertainment dalam kenyataan berkata akan bertanya terlebih dahulu kepada pelakon itu tentang mengenai gosip tersebut.

Seungri, Yoo Hye Win

Artikel Lain