suria

Bulu ketiak Bella Throne jadi perhatian

BINTANG Disney Bella Throne yang hadir pada majlis tayangan filem baharunya berjudul I Still See You mendapat perhatian apabila tampil dengan imej unik.

Pelakon berusia 20 tahun itu bukan sahaja mengayakan baju santai bertuliskan Queen, malah baju tanpa lengan itu turut memperlihatkan bulu ketiaknya.

Foto yang tersebar mendapat perhatian netizen yang membincangkan imej berkenaan.

Bella Throne

Bagaimanapun, sebelum ini, Bella pernah memberitahu dalam satu temubual bahawa dia gemar membela bulu ketiaknya.

Malah, dia mengakui tidak gemar bercukur dan membiarkan bulu tersebut panjang.

"Lelaki akan rasa lebih kelelakiannya jika mempunyai bulu ditubuh mereka, jadi apa masalah kalau wanita juga ingin melakukan hal yang sama?" soalnya.

SUMBER: Daily Mail


Bella Throne

Artikel Lain