suria

Dakota Johnson dapatkan rawatan selepas penggambaran filem seram

SELEPAS membintangi filem trilogi Fifty Shades, pelakon utama Dakota Johnson cuba beralih ke genre seram.

Kekasih Chris Martin itu baharu sahaja selesai penggambaran filem seram berjudul Suspiria.

Filem tersebut merupakan versi baharu daripada filem tahun 1977. 

Bagaimanapun, pelakon yang membawakan watak Susie Bannion ini terpaksa menjalani beberapa kali terapi dan rawatan pemulihan mental selepas selesai penggambaran.

Menurut Dakota, dia tidak dapat keluar daripada watak tersebut biarpun penggambaran sudah pun tamat. 

Menerusi filem itu, Susie seorang wanita berasal dari Ohio yang baharu mendaftar di sebuah sekola balet di Barlin. 

Kejadian aneh berlaku selepas dia bertemu dengan salah seorang instruktur bernama Madame Blanc. 

Sumber ; Express.co.uk 

Dakota Johnson

Artikel Lain