suria

G-Dragon beli bangunan RM33.2 juta di kawasan elit Seoul

G-Dragon dilaporkan membeli sebuah bangunan di kawasan elit di Seoul dengan harga RM33.2 juta.

PENYANYI terkenal G-Dragon dilaporkan membeli sebuah bangunan berkeluasan 11,000 kaki persegi dengan harga dianggarkan AS$8.3 juta (RM33.2 juta).

Koreaboo melaporkan bangunan itu terletak di kawasan elit dan hartanah termahal di Seoul iaitu Cheongdam.

Bangunan enam tingkat itu mendapat perhatian disebabkan rekaannya yang unik dan moden selain dihiasi dengan tingkap besar diperbuat daripada kaca.

Sejak berita anggota kumpulan Big Bang itu membeli hartanah itu, bangunan tersebut menjadi tumpuan peminat dan pelancong yang ingin melihat secara dekat keunikan bangunan tersebut.

G-Dragon juga mendapat jolokan raja hartanah kerana turut memiliki beberapa buah bangunan lain di beberapa kawasan elit di Seoul.

G-Dragon

Artikel Lain