suria

PSY kongsi kisah di sebalik kejayaan lagu ‘Gangnam Style’

PSY tidak pernah tahu kewujudan laman YouTube.

PENYANYI PSY berkongsi kisah yang mengejutkan di sebalik kejayaan lagu Gangnam Style yang pernah menjadi fenomena.

Menurut PSY, dia mengetahui kewujudan laman YouTube daripada seorang pekerja yang mencadangkan kepadanya.

"Sejujurnya saya tidak tahu apa itu YouTube. Seorang pekerja memberi cadangan kepada saya untuk memuat naik Gangnam Style di YouTube.

"Saya tidak mempunyai peminat antarabangsa, jadi kenapa perlu memuat naik?

"Akhirnya kami memuat naik video itu di YouTube dan kini meraih lebih tiga bilion penonton yang menonton," kata PSY.

Penulis lagu Kim Hyung Suk juga menggambarkan kesan selapas kewujudan Gangnam Style.

"Susah untuk bekerja dengan pemuzik asing tetapi selepas PSY, saya menerima banyak panggilan dari luar negara," katanya.

PSY

Artikel Berikut

Artikel Lain