suria

Lee Dong Wook dan Suzy berpisah

Lee Dong Wook dan Suzy berpisah hanya selepas empat bulan mengumumkan percintaan mereka.

HANYA selepas empat bulan mendedahkan hubungan mereka kepada peminat, pasangan Suzy dan Lee Dong Wook dilaporkan sudah berpisah.

Koreaboo melaporkan kesibukan dengan karier masing-masing menjadi punca perpisahan itu dan menegaskan akan kekal sebagai sahabat baik.

"Jadual mereka sangat padat sehingga tiada masa untuk satu sama lain menyebabkan Suzy dan Dong Wook mengambil keputusan berpisah.

"Pun begitu, hubungan mereka masih baik dan akan kekal begitu," kata wakil syarikat pengurusan mereka kepada media.

Ketika ini, dong Wook sedang sibuk dilokasi penggambaran Life with Jo Seung manakala Suzy di set drama Vagabond bersama Lee Seung Gi.

Suzy, Lee Dong Wook

Artikel Lain