suria

Emma Watson kembali ke pangkuan Chord Overstreet

Pasangan pelakon Emma Watson dan Chord Overstreet kembali bersatu sebagai pasangan kekasih.

PELAKON Emma Watson kembali dengan kekasihnya iaitu pelakon drama Glee Chord Overstreet selepas sebulan dilaporkan putus.

Pasangan itu dirakam lensa kamera paparazi bersiar-siar dan bercium di Los Angeles.

Kekasihnya itu juga dilihat mengambil gambar Emma di sebuah kereta.

Kemesraan Emma dan Chord berjaya dirakam lensa paparazi.

Pelakon filem Harry Potter itu mengayakan baju t-shirt berwarna putih merah, manakala Chord Overstreet berbaju tanpa lengan dan berseluar jeans.

Kedua-dua selebriti itu keluar menonton wayang, makan di restoran dan berbelanja di pusat membeli-belah.

Pasangan ini dikatakan tidak lagi menyembunyikan kemesraan mereka daripada khalayak.

Emma dan Chord mula menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu, namun dilaporkan putus sebulan lalu atas sebab tertentu.

Emma Watson, Chord Overstreet

Artikel Lain