suria

Tiffany kini sebumbung dengan Ed Sheeran

Tiffany kini bernaung di bawah syarikat pengurusan yang menguruskan kerjaya seni Ed Sheeran.

SELEPAS mengambil keputusan tidak menyambung kontrak bersama SM Entertainment pada Oktober tahun lalu, bekas anggota SNSD iaitu Tiffany dilaporkan sudah mempunyai wakil baharu.

Koreaboo melaporkan kerjaya Tiffany kini diuruskan oleh Paradigm Talent Agency yang turut mewakili nama besar seperti Ed Sheeran, Tiesto, Jason Mraz dan Idina Menzel.

Sebagai permulaan, penyanyi itu juga turut menggunakan nama pentas baharu iaitu Tiffany Young.

Tiffany turut melancarkan lagu baharunya berjudul Remember Me yang turut dijadikan lagu runut bunyi filem terbitan Disney, Coco.

Tifanny, Ed Sheeran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain