Kim Kardashian bertemu Donald Trump - Bintang Global | mStar

Kim Kardashian bertemu Donald Trump

SELEBRITI sensasi Kim Kardashian menjadi perhatian sekali lagi selepas memuat naik foto dirinya bertemu Presiden Amarika Syarikat, Donald Trump.

Isteri Kanye West ini diundang Donald untuk berbincang mengenali reformasi dan pengampunan kepada banduan kesalahan penggunaan dadah.

Kali ini, Kim tidak ditemani suami dan hadir dengan pakaian tidak menjolok mata.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu Kim memohon perubahan undang-undang terutama kesalahan ringan terhadap penggunaan dadah.

Ia berkaitan kes seorang wanita berusia 63 tahun bernama Alice Johnson yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahan penggunaan dadah.

Sebelum ini, sebuah petisyen diwujudkan oleh peguam Alice iaitu Brittany Barnett bagi memohon pembebasan warga emas itu dari penjara.

Menerusi Twitter peribadinya, Kim turut mendedahkan intipati pertemuannya dengan Donald Trump.

"Kami sangat optimis terhadap masa depan Ms. Johnson dan berharap dan senasib dengannya akan mendapatkan kesempatan kedua," ujarnya.

Kim Kardashian , Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain