Rakan, keluarga Kardashian 'unfollow' Kanye West kerana sokong Donald Trump - Bintang Global | mStar

Rakan, keluarga Kardashian 'unfollow' Kanye West kerana sokong Donald Trump

Kanye West bersama isterinya, bintang realiti Kim Kardashian.

KEMUNCULAN semula penyanyi rap Kanye West di Twitter selepas setahun nampaknya mencetuskan kontroversi.

Twit Kanye yang memberi sokongan dan memanggila presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai saudaranya mendapat perhatian sehingga menjadi perbalahan dalam kalangan netizen.

"Anda tidak perlu bersetuju dengan Tump tetapi orang ramai tidak boleh membuat saya membencinya.

"Kami berdua mempunyai tenaga 'naga', dia adalah saudaraku. Saya sayang semua orang.

"Saya tidak bersetuju dengan semua yang dilakukan tetapi inilah menjadikan kita individu dan mempunyai hak untuk berfikir secara bebas," tulisnya.

Kanye turut memuat naik foto dia memakai topi dengan slogan Trump iaitu Make America Great Again bersama kapsyen we got love.

Sementara itu, presiden kontroversi itu turut membalas kenyataan Kanye yang mengucapkan terima kasih atas sokongan suami kepada Kim Kardashian itu.

Dalam pada itu, Kanye tidak hanya diserang netizen malah rakan artis serta adik beradik Kim turut tidak setuju dengan kenyataan itu.

Antara rakan artis yang berhenti mengikut Kanye di Twitter ialah Justin Bieber, The Weeknd, Ariana Grande, dan kumpulan dari Korea BTS.

Manakala adik-beradik Kim iaitu Kourtney, Khloe, dan Kylie juga membuat perkara sama.

Kenya West

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia