suria

Jenna nafi Channing Tatum kaki mabuk

PASANGAN yang membina rumah tangga selama hampir sembilan tahun iaitu Channing Tatum dan Jenna Dewan mengejutkan ramai pihak dengan berita perpisahan mereka baru-baru ini.

Biarpun tidak mendedahkan punca perpisahan tersebut, ada khabar angin mengatakan ia disebabkan wanita itu tidak tahan dengan sikap suaminya yang sering mabuk.

Bagaimanapun, menerusi jurucakap Jenna, khabar angin itu sama sekali tidak benar.

"Saya mahu menjelaskan bahawa berita itu tidak benar. Seperti yang sudah diberitahu mereka mahu orang ramai melihat perceraian itu dari sudut positif," ujarnya.

Sebelum ini, pasangan itu sudah memberi penjelasan bahawa mereka berpisah secara baik dan masih menjalinkan hubungan baik demi membesarkan cahaya mata mereka iaitu Everly Tatum, 4.

Kedua-dua mereka juga tidak mahu berita palsu dan negatif berkaitan keputusan yang dibuat itu.

Jenna Dewan, Channing Tatum

Artikel Lain