Peminat Bimbang Kesihatan G-Dragon Dalam Kem Tentera - Bintang Global | mStar

Peminat Bimbang Kesihatan G-Dragon Dalam Kem Tentera

Peminat bimbang dengan keadaan G-Dragon yang dilihat memakai anduh pada tangan kirinya.

PEMINAT melahirkan kebimbangan terhadap kesihatan G-Dragon selepas foto penyanyi itu yang sedang menjalani latihan ketenteraan tersebar di laman sosial.

Menerusi foto tersebut, anggota kumpulan Big Bang itu lengkap berpakaian tentera namun dia memakai anduh pada tangan kirinya yang membuatkan peminat tertanya-tanya apa berlaku kepada penyanyi kesayangan mereka itu.

"Adakah tangannya patah? Baru beberapa hari dia sertai latihan ketenteraan kenapa boleh cedera?

G-Dragon dijangka menyelesaikan latihan tentera pada November 2019.

"Jangan jatuh sakit Oppa! Jaga diri anda baik-baik," tulis peminat yang bimbang tentang keadaannya di laman sosial.

Bagaimanapun rata-rata memuji G-Dragon yang dilihat segak dan kacak memakai pakaian tentera.

G-Dragon kini sedang menjalani latihan ketenteraan bersama divisyen dikenali sebagai White Skull selama dua tahun.

G-Dragon , Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain