suria

Jun.K (2PM) Mohon Maaf Pandu Kereta Bawah Pengaruh Alkohol

Jun.K mohon maaf kepada semua peminat. Foto: Soompi

PENYANYI Jun.K daripada kumpulan 2PM secara peribadi memohon maaf kerana memandu kenderaan dalam pengaruh alkohol.

Menurut laporan Soompi, penyanyi naungan JYP Entertainment ini meluahkan rasa kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.

"Saya minta maaf dan perlu menulis surat ini kerana hal ini. Apa yang saya lakukan benar-benar bodoh dan akan muhasabah diri atas kesilapan ini.

"Kepada semua peminat dan teman, maaf saya membuatkan kalian kecewa," tulisnya.

Sebelum ini, Jun.K ditangkap oleh pihak berkuasa kerana memandu kereta dalam pengaruh alkohol.

Berita mengenai penahanan Jun.K ini menarik perhatian netizen yang berasakan adalah tidak wajar seorang selebriti popular ditahan kerana perbuatan tidak bermoral.

Jun.K

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain