suria

Kim Gook Jin, Kang Soo Ji Kahwin Bulan Mei

Kim Gook Jin dan Kang Soo Ji umum bakal berkahwin tidak lama lagi.

PASANGAN selebriti K-pop, Kim Gook Jin dan Kang Soo Ji membuat pengumuman bakal melangsungkan perkahwinan pada Mei depan.

Pengumuman tersebut dilakukan menerusi program variasi SBS, Burning Youth pada Selasa lalu selepas pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan mereka menjadi bualan hangat.

Menurut mereka, tarikh perkahwinan itu dicadangkan sendiri oleh ibu kepada Kim Gook Jin.

"Kami akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei depan. Tarikh tersebut dicadangkan sendiri oleh ibu Kim Gook Jin," kata Kang Soo Ji.

Kim Gook Jin dan Kang Soo Jin bertemu dan jatuh hati ketika sama-sama menjalani program tersebut.

Mereka berkongsi secara umum mengenai hubungan tersebut pada Ogos tahun lalu.

Kim Gook Jin, Kang Soo Ji

Artikel Berikut

Artikel Lain