suria

Giliran G-Dragon, Taeyang Masuk Latihan Tentera

Taeyang (kiri) dan G-Dragon bakal menyertai latihan ketenteraan pada tahun hadapan.

DUA anggota kumpulan terkenal Big Bang iaitu G-Dragon dan Taeyang bakal berehat daripada dunia hiburan bagi membolehkan mereka menjalani latihan tentera.

Soompi melaporkan kedua-dua penyanyi popular itu bakal memulakan latihan diwajibkan bagi semua lelaki berusia 18 hinggga 35 tahun di Korea Selatan itu pada awal tahun hadapan.

YG Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu G-Dragon dan Taeyang tidak boleh menangguhkan lagi latihan itu dan perlu mendaftarkan diri pada 2018.

Pengumuman itu dibuat syarikat pengurusan itu selepas Taeyang, 29, mengikat tali pertunangan dengan Min Hyo Rin dan pasangan itu dilaporkan akan berkahwin sebelum dia memasuki kem latihan tentera.

Dua lagi anggota Big Bang, Daesung, 28 dan Seungri, 27, masih boleh menangguhkan penyertaan mereka namun dilaporkan kedua-dua mereka akan berbuat perkara sama.

Ia bagi membolehkan mereka menyelesaikan latihan pada tempoh sama dan kembali aktif dalam bidang seni.

Seorang lagi ahli Big Bang, T.O.P. kini sedang menjalani latihan tentera dan ditempatkan sebagai pegawai khidmat masyarakat di sebuah balai polis di Gangnam, Seoul.

G-Dragon, Taeyang, Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain