suria

Shawn Mendes, Hailey Baldwin Hangat Bercinta?

Shawn Mendes dan Hailey Baldwin dikatakan mempunyai hubungan istimewa. Foto: Daily Mail

PENYANYI Shawn Mendes dilaporkan sedang hangat bercinta dengan model terkenal, Hailey Baldwin.

Menurut laporan portal hiburan Hollywood Life, Shawn dan Hailey dilihat begitu mesra sewaktu menghadiri anugerah MTV Europe Music Award (EMA) pada 12 November lalu.

Sumber mendedahkan, mereka berdua berparti sehingga pagi dan dilihat tidak berenggang antara satu sama lain.

Malah, ada yang mendakwa pasangan ini asyik bercumbu sepanjang acara berlangsung.

Rakaman video yang dimuat naik di Instagram menunjukkan kemesraan Shawn dan Hailey.

Spekulasi melibatkan pasangan ini mula bertebaran apabila mereka dilihat berpegangan tangan di sebuah parti halloween pada Oktober lalu.

Hailey juga dikatakan menghadiri konsert penyanyi itu pada Ogos lalu.

Terdahulu, Hailey pernah mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Justin Bieber.

Hubungan mereka terjalin selepas penyanyi lagu Baby itu berpisah dengan Selena Gomez.

Shawn Mendes, Hailey Baldwin

Artikel Sebelum

Artikel Lain