Selena Gomez Risau Keselamatan The Weeknd - Bintang Global | mStar

Selena Gomez Risau Keselamatan The Weeknd

Selena bimbang dengan keselamatan teman lelakinya, The Weeknd yang kini sedang mengadakan konsert jelajah dunia.

INSIDEN beberapa serangan yang berlaku membuatkan penyanyi Selena Gomez bimbang akan keselamatan teman lelakinya, The Weeknd.

Hollywood Life melaporkan Selena mempunyai perasaan itu kerana khuatir berlakunya insiden seperti tembakan di Festival Route 91 Harvest, Las Vegas pada konsert The Weeknd.

The Weeknd atau Abel Tesfaye kini sedang mengadakan konsert jelajah dunia iaitu Starboy World Tour.

Menurut sumber terdekat penyanyi itu, Selena terlalu menyayangi kekasihnya itu sehingga membuatkan dia berasa susah hati.

Selena tidak dapat membayangkan jika kejadian tersebut berlaku di konsert The Weeknd.

Pasangan itu mula berpacaran sejak awal tahun ini dan sering sering menunjukkan kemesraan mereka di hadapan peminat.

Selena Gomez , The Weeknd

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Henti siasat empat suspek MH17