Minho Dibayar RM3.3 Juta - Bintang Global | mStar

Minho Dibayar RM3.3 Juta

Lee Minho terima bayaran lumayan hanya untuk melakukan penampilan istimewa dalam sebuah majlis di Hong Kong.

PELAKON terkenal Lee Minho mendedahkan dia ditawarkan sebanyak KRW900 juta (RM3.3 juta) hanya untuk tampil dalam sebuah acara.

Koreaboo melaporkan tawaran itu dibuat kepada Minho untuk menghadiri sebuah acara di Hong Kong dan dia hanya perlu membuat penampilan sahaja.

Minho bagaimanapun tidak dapat memenuhi undangan itu namun penganjur terdesak untuk mendapatkannya sehingga sanggup menyediakan pesawat peribadi dan menjemputnya ke acara berkenaan.

Pelakon itu akhirnya bersetuju dan penampilannya telah memberi impak sehingga pihak penganjur berjaya membuat keuntungan sebanyak RM36 juta.

"Tiada harga tertentu untuk Minho tampil dalam mana-mana acara, kami pun tidak pernah buat keputusan berdasarkan harga yang ingin dibayar.

"Tapi harga yang dibayar untuk acara di Hong Kong itu benar-benar melangkaui imaginasi kami," ujar WYM Entertainment iaitu syarikat pengurusan Minho.

Lee Minho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain