Lee Dong Wook Tertekan Selepas ‘Goblin’ - Bintang Global | mStar

Lee Dong Wook Tertekan Selepas ‘Goblin’

Lee Dong Wook berasa tertekan dan hilang keyakinan diri selepas drama lakonannya Goblin berakhir.

PELAKON Lee Dong Wook mendedahkan dia mengalami tekanan selain keyakinan dirinya mula menurun selepas drama bersiri Goblin berakhir.

Seperti dilaporkan Koreaboo, Dong Wook berkata pengakhiran drama popular itu membuatkan dia berfikir mengenai banyak perkara dalam kehidupan dan karier seninya.

"Sewaktu Goblin disiarkan saya mendapat perhatian dan kasih sayang daripada peminat.

"Namun kini semuanya bagaikan hilang selepas drama itu tamat," katanya.

Dong Wook turut memberitahu dia mula hilang rasa hormat kepada diri sendiri dan menyedari dia tidak akan selamanya disanjung sebagai artis.

Drama bersiri Goblin menjadi fenomena pada awal tahun ini turut melonjakkan dua lagi pelakonnya iaitu Gong Yoo dan Kim Go-eun.

"Berat untuk saya katakan tentang hal ini tetapi saya tidak akan selamanya berada di puncak karier seperti sekarang," katanya.

Bagaimanapun peminat yang terkesan dengan luahan Dong Wook itu berharap dia akan sentiasa sihat dan selamat.

Dalam pada itu, Dong Wook memberitahu dia mahu mengelak dari berlakon drama genre fantasi pada masa akan datang.

Ini kerana katanya, dia tidak mahu membawa watak sama seperti mana Goblin.

Goblin , Lee Dong Wook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain