suria

Jennifer Lawrence Tayang Teman Lelaki

Darren Aronofsky (paling kiri) bersama aktres Michelle Pfeiffer, Jennifer Lawrence dan Javier Barden bergambar ketika tayangan perdana filem Mother di Festival Filem Venice pada Selasa lalu.

PELAKON terkenal Jennifer Lawrence tampil bersama teman lelaki baharunya, Darren Aronofsky ketika membuat kemunculan di Festival Filem Venice pada Selasa lalu.

Pasangan itu tampil pada acara karpet merah tayangan perdana filem berjudul Mother pada festival itu namun menolak permintaan jurugambar untuk merakam gambar mereka bersama.

Sebaliknya Jennifer mengajak rakan pelakonnya dalam filem itu untuk bergambar bersama mereka, menurut E Online.

Darren, 48, yang juga pengarah Mother mula berpacaran dengan Jennifer sejak September tahun lalu selepas bertemu di lokasi penggambaran filem tersebut.

Selain Jennifer, filem itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Javier Bardem, Ed Harris, Kristin Wiig dan Michelle Pfeiffer.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain